Petinggi NII Zaytun Di Malaysia di Tangkap

Diposting oleh Blog Anak Muda on Minggu, 20 Desember 2009

Penggrebekan NII Alzaytun di Malaysia


had, tanggal 9 Ogos 2009.
Satu Operasi mengempur buyut Gerakan Pemuda Kahfi a.k.a NII Wilayah Malaya telah dijalankan pada pagi ini. Operasi secara bersama oleh pihak Jabatan Agama dan pihak Polis Diraja Malaysia tersebut bermula jam 11.30 pagi di Pusat Komersial Taman Oakland, Seremban 2, Negeri Sembilan.

Hasil pemerhatian pihak KAWAN bersama Suarajagat yang turut berada di lokasi kejadian mendapati seramai kira-kira 20 orang telah ditangkap termasuk 4 orang Pemimpin mereka. Manakala 16 yang lain adalah 2 orang penjaga pintu atau dikenali sebagai malaikat dan 14 orang pengikut yang sedang mengikuti majlis MH2 iaitu program yang dilaksanakan sebelum mereka dibawa ke Maahad al-Zaytun di Indramayu, Indonesia. baca selanjutnya.
______________________________________________________________

Hasil dari Infaq Uang Ummat buat Beli BMW

Selepas berakhirnya operasi penangkapan umat NII Wilayah Malaya ahad lalu, semua pimpinan dan pengikut yang ditangkap telah di tahan reman oleh pihak berkuasa di Seremban. Mereka telah dibawa ke mahkamah syariah pada petang isnin atas kesalahan mengajar tanpa tauliah dan penahanan mereka tetap diteruskan.

Kejayaan pihak berkuasa melaksanakan operasi tersebut telah mendapat liputan meluas dari pihak media di seluruh negara. Dari pemerhatian SJ, peristiwa ini memberi tamparan kepada NII di Malaysia dan Indonesia. Dalam pada itu posting terbaru di blog nii-alzatun cuba mengaitkan dengan isu keganasan serantau. SJ tidak akan mengulas tentang isu ini.

Walaubagaimanapun, SJ yakin..pastinya ramai yang ingin melihat kereta mewah yang dimiliki oleh pemimpin NII yang ditangkap sebagaimana tersiar dalam laporan media massa.

Oleh yang demikian, untuk tidak menghampakan para pembaca dan follower blog ini, SJ memaparkan gambar kereta mewah tersebut utk pengetahuan umum. Nombor pendaftaran kenderaan adalah dirahsiakan. Gambar Lengkapnya silahkan click disini ..

{ 0 komentar... read them below or add one }

Posting Komentar